top of page

9 TIPS UNTUK RUANG TAMU LEBIH LUAS



Ruang tamu merupakan ruang paling penting di setiap rumah. Ruang ini merupakan tempat utama bagi sebuah keluarga menghabiskan masa bersama. Namun perhiasan dalaman yang kurang sesuai boleh menyebabkan ruang tamu nampak sempit dan suram.


Berikut antara tips bagi manfaatkan pandangan mata dan suasana ruang tamu anda.


1. Peranan cermin

Biasan pada cermin ilusi besar pada ruangan memperlihatkan ruang yang kecil lebih besar. Kebanyakkan rumah menggunakan cermin yang besar pada dinding. Selain itu pantulan cahaya dari sumber cahaya menambahkan suasana lebih tenang dan nyaman.


2. Menggunakan dimensi ruang

Dimensi menegak dan mendatar memainkan peranan penting. Sebagai contoh, jika rumah anda mempunyai siling yang tinggi ai merupakan satu bonus. Manfaatkan dengan menghiasi ruang tersebut bagi mengalih perhatian mata yang mendatar ke bahagian lebih tinggi.


3. Pilih warna neutral

Warna nuetral merupakan warna lembut yang memberi suasana tenang. Hiasi ruang dan perabut anda dengan warna natural bagi memberi impak ruangan lebih luas. Antara warna nuetral ialah putih mutiara dan juga kuning lembut.


4. Pilih perabot ringan

Faktor perabut yang ringan dari segi saiz, warna dan bentuk memberikan ruang lebih luas. Kekalkan konsep minimalist supaya tidak terlalu padat dengan dekorasi yang tidak perlu yang akhirnya memjejaskan ruang lapang.


5. Ruang simpanan

Pilihan perabut yang mempunyai ruang simpan tersendiri bagi mengurangkan pengguanakan perabut-perabut khas bagi tujuan simpanan. Sebagai contoh, pilihan meja kopi yang mempunyai ruang simpanan atau laci kecil. Ruangan ini bermanfaat bagi mengisi barangan tidak perlu dari bersepah bagi menjadikan ruang lebih teratur dan kemas.


6. Penuhi ruang sudut

Idea untuk mengisi sudut dengan pilihan perabot yang betul boleh membuat ruang tamu jauh lebih besar daripada hanya meninggalkannya kosong.


Terdapat pelbagai cara kreatif yang boleh anda isi di sudut ruang tamu anda seperti koleksi seni gantung, memasang tumbuhan atau untuk kekasih haiwan, tambah menara kucing!

Pilih perabut atau perhiasan mesra sudut bagi mendapatkan kawasan lebih luas di kawasan lapang. Hias dengan tumbuhan-tumbuhan atau seni artisan bagi memenuhi ruang sudut merupakan salah satu alternatif.


7. Sofa tanpa belakang

Sofa merupakan perabut wajib di setiap rumah, namun cuba lari dari kebiasan dengan tradisional sofa dengan mengguakan sofa tanpa penyandar belakang. Cara ini dapat menjimatkan banyak ruang.


8. Tambah tumbuhan hijau

Sama seperti kertas dinding dan cermin, tumbuh-tumbuhan merupakan tambahan yang bagus untuk memberikan ilusi ruang tamu yang lebih besar. Dengan meletakkan apa-apa jenis tumbuhan hijau di sudut atau di belakang kerusi, ia boleh menipu mata untuk melihat bahawa terdapat lebih banyak ruang daripada memenuhi mata.


9. Keluarkan sofa sama sekali

Agak pelik jika ruang tamu tidak mempunyai sofa, namun hakikatnya sofa banyak memakan ruang tamu. Gantikan sofa dengan bantal duduk yang menarik. Selain boleh dijadikan perhiasan ia juga menjimatkan ruang.

 
 
 

Comments


HUBUNGI KAMI BAGI URUSAN HARTANAH ANDA

Tel: 017 7979 040

No. 23A, Jalan P8G1,

Precint 8, 62250 Putrajaya

  • Facebook Social Icon
  • Grey Facebook Icon
  • Beatport - Black Circle
bottom of page